Peristiwa Bersejarah Sepanjang Bulan Ramadhan

12:53 AM Edit This 0 Comments »
Peristiwa Bersejarah Sepanjang Bulan Ramadhan

17 Ramadhan 2 H, Badar Kubra.

21 Ramadhan 8 H, pembukaan Kota Mekah oleh seramai 10 ribu tentera Islam diketuai oleh Rasulullah.

Ramadhan 13 H, Peperangan Buaib antara tentera Muslimin diketuai oleh Muthanna bin Harithah dengan tentera Parsi yang diketuai oleh Mahran.

Ramadhan 53 H, pembukaan Kepulauan Rhodes di Laut Mediterranean yang diketuai oleh Junadah bin Umaiyah.

Ramadhan 91 H, Musa bin Nusair menghantar sekumpulan perisik seramai 500 orang diketuai oleh Tarif b Malik ke Andalus sebagai permulaan pembukaannya.

15 Ramadhan 92 H, Tariq bin Ziad menyeberangi Selat Gibraltar bersama seramai 12 ribu tentera Arab dan Barbar membuka Andalus.

Ramadhan 114 H, peperangan Balat Syuhada' (Mossais la Bataille) yang berlaku di sebuah kawasan sejauh 30 km daripada bandar Paris. Salah satu daripada siri peperangan pembukaan Utara Andalus yang sengit menyaksikan syahidnya panglima tentera Islam ketika itu Abdul Rahman al Ghafiqi. Tentera Salibi pula diketuai oleh Charles Martel yang mendapat dokongan pihak gereja dan seluruh kerajaan Eropah.

Ramadhan 222 H, pembukaan bandar Umuriah yang diketuai oleh khalifah Abbasi.

25 Ramadhan 658 H, peperangan Ain Jalut yang diketuai oleh Saifuddin Qutuz. Kemenangan ini telah berjaya menyekat kemaraan Tartar yang diketuai oleh Hulagu daripada terus mengganas.

Ramadhan 687 H, tentera Muslimin seramai 150 ribu yang diketuai oleh Sultan Muhammad al Fateh membuka Serbia, Bosnia Herzegovina.

26 Ramadhan 927 H, pembukaan bandar Bulgaria oleh Sultan Othmani Sulaiman al Qanuni. Berkumandang azan pada hari Jumaat 27 Ramadhan iaitu sehari selepasnya.

10 Ramadhan 1393 H, kemenangan tentera Mesir mengalahkan tentera Yahudi di Terusan Suez.

Ramadhan memang penuh dengan keberkatan. Banyak kejayaan Islam yang dicapai dalam bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun kejayaan itu memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada kita. Kejayaan itu tidak datang dengan percuma. Kejayaan itu perlukan tarbiyah. Kejayaan itu perlukan persediaan. Kejayaan itu ada maharnya. Kejayaan umat Islam itu berpaksikan keimanan.


Rebutlah peluang yang masih ada dalam bulan yang mulia ini untuk meningkatkan keimanan dan mentarbiyah diri kita agar menjadi Muslim yang berjaya. Janganlah dibiarkan Ramadhan ini berlalu seperti bulan-bulan yang lain. Kita tidak mengetahui sama ada kita sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Marhaban Ya Ramadhan!

0 comments: