RAHSIA WAKTU SOLAT

12:41 AM Edit This 0 Comments »
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan'
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.

CIRI-CIRI WAHABI

10:28 AM Edit This 1 Comment »
Definisi ini sudah dikeluarkan oleh Dakwah Tajdid Segar pada 23 DISEMBER 2007.

WAHABI itu ialah "MANUSIA YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

1. Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

2. Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

3. Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

4. Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.

5. Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

6. Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

7. Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

8. Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

9. Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

10. Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

11. Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

12. Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

13. Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

14. Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah dan Ahbash.

15. Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.

16. Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

17. Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

18. Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

19. Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

20. Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

21. Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

22. Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

23. Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

24. Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

25. Biasanya

RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN???

9:24 AM Edit This 0 Comments »
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟


فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat..

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

Cool Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Bercouple Bukan Budaya Umat Islam

6:14 PM Edit This 0 Comments »

Bercouple Bukan Budaya Umat Islam

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman;

Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Nukilan hasil mas Fahri'

KOLEKSI KHASIAT-KHASIAT HERBA DAN BUAH-BUAHAN SERTA HIDUPAN

5:36 PM Edit This 0 Comments »
KHASIAT MADU LEBAH ASLI



Dapat mengubati penyakit dalam perut.
Dapat mengubati penyakit medu.
Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
Dapat mengubati penyakit ketaihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum..
Melawaskan pembuangan air besar.
Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
Menghilangkan penyakit banyak kahak.
Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat diparu-paru.
Mencerdaskan otak kanak-kanak.
Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, dikacau dan di bawa minum.
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.


KHASIAT CELAK HITAM DARI ASFAHAN


Ianya amat baik untuk mencerahkan mata, terutamanya untuk orang dewasa yang kurang penglihatannya. Cara memakan yang terbaik ialah dengan mencampurkan sedikit air bercampur madu lebah asli lalu di sapukan bahagian kelopak mata.


KHASIAT BELALANG BERAS

Jika dimasak secara kukus:
Dapat mengubati penyakit susah membuang air kencing.
Penyakit dedas.
Penyakit Buasir
Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.



KHASIAT DAGING ARNAB



Ambil bahagian kepalanya dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
Jika dimakan daging yang dibakar.
Melawaskan kencing.
Dapat mengubati retak batu pada kemaluan.
Dapat mengemaskan perut yang gendut.



KHASIAT BURUNG RUAK



Sesuai dimakan bagi ahli sukan dan orang yang bekerja berat yang memerlukan oksijen yang banyak di dalam badan.



KHASIAT POKOK SITI FATIMAH DARI MEKAH


Sebagai air selusuh yang amat mustajab.
Sebagai pencegah dari hamil yang mustajab.
Memulihkan dara bagi si ibu (terlalu mengecut).



KHASIAT LIMAU NIPIS HUTAN



Membantu untuk menghadam makanan, yakni ambil kulitnya dan bubuh ke dalam makanan.
Isinya boleh menyejukkan perjalanan usus-usus, juga boleh mengubati penyakit buasir.
Airnya boleh menghilang rasa dahaga, menghilangkan penyakit kuning, membuka selera makan dan menguatkan usu-usus, dapat menghilangkan kesan kekotoran dakwat, darah dan sebagainya yang melekat pada kain dan sebagainya, juga dapat meredakan kepanasan hati.
Butirnya dapat menghapuskan racun berbisa yakni melalui tumbuk sampai hancur dan ambil airnya lalu bubuhkan ke dalam air suam sekadar 2 sudu besar dan diminum. Juga dapat menghilang bisa sengat kala jengking, lipan dan sebagainya.



KHASIAT BUAH PEAR



Bagus untuk usus-usus.
Menghilangkan rasa dahaga dan muak.
Melawaskan kencing.
Menghilangkan sakit kerana berak-berak.
Menghilangkan lendir-lendir yang terdapat dalam darah.
Amat baik dimakan jik ianya dimasak bercampurkan madu.



KHASIAT DAGING UNTA



Dapat menyembuhkan penyakit lelah atau semput atau asma.


KHASIAT BURUNG MERPATI



Dapat mengubati penyakit lembik.
Dapat mengubati penyakit kebas.
Dapat mengubati penyakit lumpuh.
Jika dimakan yang betina dapat menguatkan tenaga batin.


KHASIAT BAWANG MERAH


Menambahkan air mani.
Membuka selera makan.
Menghadamkan makanan.
Menghilangkan rasa dahaga.
Memanaskan badan dan membuang kahak.
Melicinkan pernafasan.
Menghilangkan rasa hampir pitam jika dicuim baunya setelah dipotong.
Jika dimakan berlebihan boleh membawa bahaya, bahayanya sama dengan memakan bawang besar.





KHASIAT BUNGA BAWANG MERAH


Boleh mengubati penyakit kusta, dan kebingungan. Caranya ialah dengan mengambil bunganya dan ciumkan berulang kali. Manakala untuk mengubati penyakit sawan pula ialah dengan mengambil bunganya dan berikan kanak-kanak yang terkena sawan itu cium.



KHASIAT BUAH TAMAR



Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protein yang banyak dan berkhasiat tinggi.
Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik)





KHASIAT LUMUT LAUT (SARER)



Sekiranya direbus dan dimakan dapat :
Mengubati penyakit anjing gila.
Mengubati penyakit pucat muka.
Mengubati kelemumur dan bisul.




KHASIAT JINTAN HITAM



Ubat bagi segala penyakit.
Menghilangkan selsema, melapangkan pernafasan, menghilangkan penyakit balar, mencairkan kahak, membuka selera makan dan lain-lain lagi.
Jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu.




KHASIAT MINYAK ZAITUN



Melambatkan rambut dari beruban.
Melicinkan dan melembutkan kulit juga mengeluarkan parasit
Melawaskan perut., Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api dapat menghilangkan lecurnya.



KHASIAT BUAH ANGGUR BASAH



Menghilangkan bau mulut yang busuk.
Mencairkan lendir/kahak.
Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Menghilangkan perasaan marah.
Menguningkan warna kulit.
Menguatkan emosi.
Mengubati penyakit batuk.
Menghilangkan rasa pedih/sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam.
Menguatkan hati dan jantung.




KHASIAT BERAS



Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli boleh menambah air mani dan menguningkan warna kulit badan.



KHASIAT BAWANG BESAR



Membuka keinginan selera makan.
Menguatkan usus-usus dan membersihkannya.
Memperbanyakkan air mani, mencantikkan warni kulit dan membuang kahak.
Caranya ialah dengan memakan mentah.
Air Bawang Besar jika dicampurkan dengan madu asli dapat menyembukan penyakit keputihan mata, caranya ialah sapukan bahan tersebut ke kelopak mata.
Boleh melawaskan kencing, menyembuhkan penyakit kuning dan melapangkan penyakit sesak dada, sekiranyg dimasak.
LARANGANNYA:
Dilarang Memakan secara mentah berlebihan kerana:
Melemahkan daya penglihatan.
Membawa kepada pelupa
Merosakkan akal.




KHASIAT IKAN SOLOMON DAN MACKEREL


Dapat menghindarkan dari terkena penyakit lemah jantung, juga merawatkan penyakit tersebut.


KHASIAT MEMAKAN TEMBIKAI (TIMUN CINA) DGN TAMAR



Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan. Ianya hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum sarapan.



KHASIAT BUAH BIDARA



Buah Yang pertama kali di makan oleh Nabi Adam a.s
Boleh menguatkan kecerdasan otak.
Melicinkan perjalanan usus.
Menghilangkan penyakit kuning.
Mencantikkan kulit.
Membuka selera makan.
Menghilangkan kahak.
Menghilangkan penyakit lambat hadam.


KHASIAT BUAH TIN



Terhidar dari keracunan.
Melincinkan tekak dan dada.
Mencucikan hati dan jantung.
Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
Menghilangkan penyakit buasir.
Jika dimakan seperti biasa:
Menyembuhkan penyakit bangkak telinga.
Mempercepatkan pertumbuhan gigi.



KHASIAT BUAH DELIMA



Buah Yang Manis Dapat:
Membaikkan usus dan menguatkannya.
Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan untuk mengubati batuk.
Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
Buah yang Masam Dapat:
Melawaskan kecing.
Menyucikan perut,mencegah dari muntah.
Menurunkan kepanasan hati, menguatkan anggota badan
Mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih melalui cara mengambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.
Khasiat bijinya:
Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
Jika 3 biji ditelan dapat menghidar sakit mata..



KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK



Dapat menyembuhkan penyakit karang.
Dapat menyembuhkan penyakit kencing berdarah.
Dapat menyembuhkan penyakit beser/dedas.
Dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.
Dapat menghentikan anak-anak kencing malam.
Dapat mengubati demam kuning.
Caranya ialah dengan mengambil pohonya beserta akarnya sekali dan tumbuk sehingga lumat dengan memasukkan sedikit air. Airnya diberi minum kepada pesakit. Itu ialah bagi penyakit 1,2 dan 6
Manakala bagi penyakit 3,4 dan 5 caranya ialah dengan mengambil pohon beserta akarnya lalu dijemur sehingga kering setelah itu direbus dan diminum airnya.





KHASIAT POKOK BELIMBING TANAH



Dapat mengubati penyakit kencing manis.
Dapat mengubati penyakit darah tinggi.
Dapat mengubati penyakit lemah jantung.
Dapat mengubati penyakit buah pinggang.
Caranyaialah dengan kesemua pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan diberi minum 2 kali sehari.




KHASIAT HALIA



Membantu untuk menghadam makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dengan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikti gula yang diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
Firman Allah s.w.t,"Dan ahli syurga meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."



KHASIAT RUMPUT JARUM EMAS/ REMPAH PADANG
Ianya dapat mengubati:
Sakit pinggang.
Sakit urat.
Mengecutkan rahim.
Menguatkan tenaga batin.
Mengemas / menyempitkan lubang faraj, khasnya bagi perempuan yang sudah bersalin.
> Melancarkan perjalanan haid.
Caranya ialah:
Ambil 4 atau 5 urat rumput tersebut, kemudian direbuskan bersama air sebanyak 1 kendi (1 ½ liter). Setelah dingin lalu diminum sebanyak 1 gelas. Minumlah 2 gelas sehari.




KHASIAT ISI CEKOR MERAH



Ianya dapat mengubati penyakit:
Kencing manis.
Darah tinggi.
Penyakit-penyakit kulit.
Ambil isi cekor merah sebesar jari manis sepanjang ½ cm lalu dimakan.




KHASIAT DURI KABU



Dapat menyembuhkan segala penyakit kulit.
Menyembuhkan penyakit kudis dan gatal-gatal.
Menyembuhkan bisul dan demam.
Mengubati luka-luka.
Mengubati jerawat batu dan biasa.
Boleh mengubati kayap.
Pecah-pecah kulit dan ketimbir
Benjolan.
Ambil 5 duri atau sekadar yang sesuai kemudian asahkan di atas belakang pasu dengan sedikit air sehingga pekat kemudian sapukan ke tempat yang terlibat.




KHASIAT POKOK KEMUNING CINA



Ianya dapat menyembuhkan penyakit:
Kencing manis.
Lelah dan semput.
Ceret beret.
Sakit kerongkong.
Sakit gigi.
Batuk biasa dan batuk seratus hari.
Rebuslah pokok tersebut bersama akarnya lalu dibuat minum. Bagi sakit gigi ambil getahnya atau asahkan akarnya lalu dibubuhkan ke gigi berkenaan. Untuk batuk pula asahkan akarnya bersama kemenyan lalu dibuat minum.





KHASIAT BUAH KUDU

Dapat menyembuhkan betis kaki yang kering bersisik atau jari kaki yang pecah.
Gosokkan buah kudu yang masak ke tempat tersebut dan biarkan selama 15 minit, kemudian cucikan dengan air hangat.
Dapat menyembuhkan darah tinggi.
Perahkan buah kudu yang masak dan ambil airnya lalu ditapis dan minumlah di pagi hari sebelum memakan sesuatu atau meminum sesuatu, buatlah selama satu minggu berturut-turut. Bila tekanan darah meningkat pula lakukanlah semula amalan itu.
Dapat mengubati penyakit batuk.
Makanlah buah kudu yang sudah masak dengan garam, di dalam jangka masa yang tidak lama, gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.